Saturday, January 23, 2010

breath as a human..

semua manusia pernah buat salah.. semua manusia ada kekurangan dan kelebihan masing2.. semua manusia belajar dari kesilapan yang pernah dia buat.. semua manusia perlu diberi peluang kedua untuk berubah ke arah yang lebih baik.. tapi kita harus sedar, sebaik mana pun kita, sesuci mana pun kita, tetap ada segelintir manusia yang benci akan kita.. mengapa?? inilah lumrah hidup yang perlu kita hadapi..

jika kita baik, dia kata kita berpura-pura.. jika kita jahat, dia kata kita tiada perasaan.. jika kita mengkritik mereka, dia kata kita tidak puas hati dengan mereka.. dunia2.. yaph.. saya mengaku dalam dunia ni tiada seorang pun yang sempurna kecuali Nya.. saya tak pernah anggap diri saya sempurna cuma saya berharap saya akan berubah ke arah yang lebih baik dengan hidup saya sekarang..

pengalaman yang lepas membuatkan saya sedar betapa saya lemah untuk menghadapi dugaan hidup.. tapi saya kuatkan hati untuk terus menghadapinya kerana Dia selalu ada di samping saya setiap kali saya memerlukan pertolonganNya.. pengalaman yang lepas membuatkan saya lebih memahami apa itu erti kesetiaan dalam hubungan, apa itu erti persahabatan sejati dan apa itu erti kebahagiaan..

kadang2 Allah menguji kita untuk melihat betapa kuatnya iman kita sebagai manusia untuk menghadapi dugaan dan cabaran hidup yang diturunkan olehNya.. setiap manusia ada dosa, diri saya sendiri pun ada dosa.. tapi pernahkah kita fikir, sampai bila kita akan berterusan begini? sampai bila kita akan menambahkan dosa kita yang sudah sedia ada banyak?

cukuplah sampai di sini saya menyakitkan hati orang lain.. mungkin saya tak sedar bahawa saya telah menyakitkan hati mereka, dengan itu saya memohon maaf.. saya minta maaf dengan kelakuan saya, dengan perbuatan saya, dengan perkataan saya.. dan untuk ***h, saya minta maaf jikalau selama ini saya banyak melakukan kesalahan terhadap awak.. saya tahu awak benci yang amat sangat dekat saya dan saya tahu saya tak dapat mengubah takdir.. saya minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki.. saya harap awak dapat maafkan saya setulus hati awak..

No comments: