Sunday, January 24, 2010

remember where we belong at the end..

setiap benda yang hidup pasti akan mati.. begitu juga kita.. ingatlah bahawa kita juga akan menemuiNya pada satu hari nanti.. mungkin ada yang mengatakan bahawa ajal mereka lambat tapi dari mana kita tahu? Allah tidak memberikan kita petunjuk bila kita akan kembali padanya, dengan itu buatlah persediaan untuk menghadapi kematian..

dengan mengingati kematian, kita akan lebih dekat dengan Allah.. sejauh mana pun kita berada, kita tidak boleh lari dari kenyataan bahawa kita akan masuk ke liang lahad juga.. pernahkah kalian berfikir, bilakah ajal kita? bilakah kita akan berubah untuk menghadapi kematian? bilakah kita akan sedar bahawa dunia ini hanya sementara?

manusia terlalu leka dengan benda yang mereka miliki sekarang, dan dengan kelekaan mereka itulah mereka tidak mengingati Allah sedangkan Allahlah yang memberikan mereka rezeki, yang memberi mereka kesihatan..

No comments: